NASIONALISME

 >> MAKSUD NASIONALISME 

      Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga bermaksud seseorang yang mempunyai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dgn perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Konsep nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana konsep tersebut berkait rapat dgn pengalaman sejarah dan pengaruh sekelili seperti keturunan, bahasa, agama dan adat resam. Seperti yang dikata oleh Hans Kohn, nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. Selain itu, DR. R. SSuntharalinga mengatakan nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kpd rakyat serta menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu.

 a) PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT

      Berkembang sebagai hasil penentangan terhadap pemerintahan beraja atau simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Sebagai contoh Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing seperti Revolusi Amerika. Sebagai contoh, Revolusi Amerika menentang British kerana tidak melindungi hak penduduk Amerika. Orang Amerika yang menentang akta memungut cukai di jajahan Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh. Mereka juga menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.George Washington mengetuai kongres dan isytihar perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika.Selain ituz Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang menegaskan. Oleh itu, revolusi ini berakhir pada 1783 dengan cara British mengakui kemerdekaan Amerika. Kesan revolusi ini , 113 buah bekas tanah jajahan digabung dan diberi nama baru sebagai Amerika Syarikat yang perkenalkan demokrasi.

b) PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

     Kesinambungan idea nasionalisme di Barat. Kedatangan dan penjajahan kuasa eropah di asia telah mencetusakan kebangkitan nasionalisme. Sebagai contoh, Nasionalisme China. Nasionalisme ini diwujudkan bertujuan untuk mengukuhkan peradaban China dalam kalangan org Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Selain itu, perkembangan bermula dengan penentangan terhadap kelemahan dinasti Manchu yang dianggap orang luar dan kehilangan mandate. Rakyat China hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat. Seterusnya, gerakan seterusnya bercorak anti – Barat kerana menentang campurtangan kuasa Barat di China. Antara peranan Sun Yat Sen ialah mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi – nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial. Selain dari itu, menjadi asas kepada Revolusi China 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu. Dan akhirnya , munculnya pemerintahan republik di China.

c) PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

     Gerakan membebaskan diri daripada penjajahan barat. Sebagai contoh di Thailand, bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara. Sebagai contoh, Nasionalisme Burma di Myanmar yang melibatkan perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani. Nasionalisme golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat disebabkan pengaruh British mengancam kedudukan agama Buddha. Antara peranan Persatuan Belia Buddha 1906 adalah untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma, menggunakan isu kasut serta dianggap mencemari kesucian agama Buddha. Selain itu, Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma telah memperjuangkan bangsa Burma. Serta berlakunya revolusi pelajar untuk menuntut penubuhan university. Adanya golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am telah mencetuskan Pemberontakan Saya San serta mendapat sokongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai. Seterusnya, pengenalan Perlembagaan Burma 1935 telah menyebabkan memisahkan Burma dan India dan merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri. Antara peranan Golongan Thakin ialah menubuhkan Parti Do Bama Asiayone, memperjuang kemerdekaan Burma serta pemimpin parti spt Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (Tuan).Mereka menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma. Akhirnya, Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937 dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.

d) PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA

   Perang Dunia Pertama ialah sebuah perang dunia yang berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918. Lokasi berlakunya perang dunia tersebut ialah Eropah, Afrika dan Timur Tengah. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki.Negara-negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman. Kemenangan pihak berikat.BerakhirnyaEmpayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungary. Dengan ini, terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur. Antara faktor-faktor tercetusnya perang dunia pertama ini adalah kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece. Selain itu, Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan di Eropah. Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan Turki jelas menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal negara-negara berdaulat dalam hubungan antarabangsa. Selain itu,antara kesan politik terhdapa rusia adalah menamatkan sistem pemerintahan beraja,kerajaan hilang imej dan sokongan, pejuang revolusi berpecah dan Rusia kehilangan wilayah. Perang Dunia Kedua ialah perang dunia yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar negara-negara dunia termasuklah semua kuasa besar yang membentuk dua pakatan tentera yang utama iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi. Dalam keadaan perang menyeluruh, ia membabitkan lebih daripada 100 juta orang anggota tentera dari lebih 30 buah negara, dengan negara-negara utama yang terlibat dalam perang ini menggunakan seluruh kemampuan ekonomi, industri dan ilmiah mereka di sebalik usaha perang, yang mengaburkan perbezaan antara sumber awam dan ketenteraan. Perang Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah manusia, yang telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa, dengan lebih banyak orang awam terbunuh berbanding anggota tentera. Pesawat udara turut memainkan peranan besar dalam perang ini, yang meliputi pengeboman strategik terhadap pusat penduduk serta pembangunan senjata nuklear dalam perang; hanya dua penggunaannya di dalam perang tersebut. Bahkan, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan udara Jerman terhadap Poland pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir ialah serangan bom atom Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada Ogos 1945.


- SOALAN KBAT

1) Sejauh manakah perubahan politik dunia telah merubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka.

: Pada pandangan saya, orang melayu selepas merdeka adalah mereka menjadi lebih bijak dan mempunyai banyak idea untuk menggunakan kelebihan yang terdapat selepas merdeka. Hal ini kerana ekonomi semakin meningkat di negara kita. Sebagai contoh, rakyat dapat melaksanakan perdagangan dan jual beli di seluruh dunia. Kesannya, hasil rakyat bertambah serta meningkat. Seterusnya, orang melayu berfikir lebih matang dan berfikiran panjang. Sebagai contoh, rakyat dapat mengatur strategi dengan lebih teratur dan bijak. Rakyat dapat menghadapi peperangan dengan lebih bersedia. Selain itu, wujudnya sifat nasionalisme di dalam kalangan rakyat. Sebagai contoh, rakyat akan berusaha untuk mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah.

2) Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka. Jelaskan

 Sejak zaman kesultanan melayu, perjuangan nasionalisme di negara kita telah di wujudkan. Usaha sultan yang memberi kesan terhadap orang Melayu. Sebagai contoh, perjuangan dan usaha Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan namun gagal. Oleh hal yang demikian, peristiwa tersebut menunjukkan usaha sultan yang penting. Seterusnya, semangat nasionalisme yang tinggi. Contoh semangat nasionalisme yang tinggi adalah usaha dalam mencapai kebebasan daripada kuasa asing. Kesannya, negara tersebut akan mencapai kebebasan dengan semangat nasionalisme rakyat. 

3) Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia.

: Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia dengan cara kolonial yang pada dasarnya lebih ditumpukan pada ekonomi dan penglibatan terhadap politik adalah minima. Sebagai contoh, Belanda di Indonesia mengamalkan Dasar Kultur,dan Dasar Ekonomi Etika. Oleh sebab itu, persatuan Demokratik sosial Hindia telah menggunakan faktor kapitalisme yang menguntungkan orang Eropah. Seterusnya, golongan nasionalis yang tidak berputus asa. Sebagai contoh, kegiatan nasionalisme daripada golongan pendatang seperti China dan india yang memperjuangkan mayarakat mereka. Oleh sebab itu, kelahiran warga tempatan daripada masyarakat China ini mengubah pendirian ini menjadikan kegiatan mereka tertumpu pada kemahuan mendapatkan kewarganegaraan di negara-negara Asia Tenggara.

4) Debatable- Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri. Hujahkan

: Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut. Terdapat beberapa remaja yang tidak mengambil tahu tentang isu-isu negara sendiri dan tidak mengambil endah tentang politik. Sebagai contoh, mereka tidak mengendahkan hal hal negara dan tidak tahu apa perkara yang berlaku dalam politik negara mereka. Oleh sebab itu, mereka telah kurang pengetahuan tentang hal politik. Seterusnya, generasi muda juga tidak menghayati dan memahami sejarah pada zaman dahulu. Hal ini kerana mereka tidak menganggap perkara tersebut perkara yang penting. Selain itu, generasi muda juga hanya mengetahui tentang sambutan merdeka tetapi tidak mengendahkan perkara tersebut. Sebagai contoh, sering menggunakan media sosial dan internet tetapi tidak menyambut sambutan kemerdekaan yang menjadi hari yang penting bagi rakyat Malaysia atas kemerdekaan negara kita. Kesimpulannya, generasi muda perlu mengetahui sejarah tentang negara kita serta mengenang jasa dan usaha para pejuang. Dengan cara itu, mereka dapat menambah pengetahuan mereka tentang kemerdekaan.



Comments