Posts

NASIONALISME

 >> MAKSUD NASIONALISME        Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga bermaksud seseorang yang mempunyai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dgn perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Konsep nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana konsep tersebut berkait rapat dgn pengalaman sejarah dan pengaruh sekelili seperti keturunan, bahasa, agama dan adat resam. Seperti yang dikata oleh Hans Kohn, nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. Selain itu, DR. R. SSuntharalinga mengatakan nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kpd rakyat serta menuntut keset...